28 Februari 2018 (11.48 pm)
Tak dapat melelapkan mata walaupun ngantuk dan letih, Allah saja yang maha mengetahui. Duhai hati ke mana diri ingin ku bawa pergi.......?
"Mama........ketika begini.............ingin rasanya aku berlari kepangkuan mama dan menangis semahunya dipangkuan mama"
Ahhh............ angan dalam mindaku. Mama dah pergi lebih setahun yang lalu.
Mama.......masih ku ingat 6.10.2016, tarikh yang tak mungkin kulupa sepanjang hayatku. Pagi itu aku pergi kerja macam biasa ke PPD Keningau. Setiap hari aku akan melalui perjalanan hampir sejam pergi dan sejam balik. Dalam perjalanan adikku Juliah menefonku dan memberitahu ibuku belum bangun-bangun dari tidurnya semalam. Puas dia dan anaknya Mardiah mengejutkan mamaku, tetapi mama tetap tidur. Dengkurannya masih terdengar tetapi bila dikejutkan dia tak bangun.......Sebulan sebelum itu tanggal 01.09.2016 mama pernah berkeadaan yang sama. Hanya bezanya dia boleh membuka matanya tetapi dia benar-benar lemah. Bila adik-adikku membawanya ke Unit Kecemasan Hospital Besar Tawau, doktor telah menemui punca mama begitu disebabkan oleh ketumbuhan yang ada di otaknya. Ketumbuhan itu dah sebesar satu pertiga otaknya.
"Ya.....Allah.....UjianMu sungguh besar" rintihku bila adikku Juliah menefonkan memaklumkan keadaan mamaku. Ketika itu aku baru mahu bertolak balik kerja dari PPD Keningau ke Tenom. Badanku rasa lemah dan mengeletar.
"kakak baliklah, doktor minta kita binvang adik-beradik untuk buat keputusan apa yang harus kita lakukan. 6 September, Selasa depan Doktor Pakar akan datang dan kita akan jumpa doktor itu untuk mencari jalan membantu mama kita......" kata adikku
"Ya.....kakak akan balik. Kakak pasti balik untuk buat yang terbaik untuk mama kita.....Jangan bimbang.....kita akan berusaha selamatkan mama kita. Dialah satu-satunya yang kita ada. Kakak tak peduli apapun kita akan buat sesuatu." demikian kataku penuh azam. Tapi hatiku Allah saja yang tahu............bertapa bimbangnya aku dengan keadaan mamaku.
6 September 2016 aku bertemu doktor Pulli pakar pembedahan kepala dan pakar ketumbuhan. Aku membawa kekuatanku yang hanya sedikit berbincang dengan Doktor Pulli.
"Emak awak ada ketumbuhan di otaknya. Cukup besar ketumbuhan itu.....dan nampaknya ia dah mula menghimpit otak mama awak.......Sebab tu mama awak jadi lemah......." Doktor Pulli memulakan penerangannya
"Jadi doktor.....apa harus kami lakukan???" tanyaku dengan suara mengeletar dan badan menggiggil. Degup jantungku terasa kuat dan aku rasa badanku lemah.
"Kalau awak tanya saya.......kalau itu mama saya......saya akan bedah........." kata Doktor Pulli dengan suara tegas dan meyakinkan.
"Tapi doktor......berapa banyak peluang yang mama saya ada kalau kita bedah" aku bertanya lagi .....rasanya aku mahu menangis semahu-mahunya.
"60 : 40.........." kata doktor tenang
"Kenapa 60:40? maksudnya pembedahan itu berisiko? " tanyaku bodoh
"Mana-mana pembedahan memang ada risiko.......Macam kita memandu di atas jalan sebenarnya risikonya 60:40...." Doktor Pulli memberi penerangan padaku dan adik ku Jurimah yang bersamaku ketika itu.
"Bedahlah doktor........"sahutku kelam kabut. Aku hanya membayangkan mamaku yang menderita dan aku mahu menyelamatkan dia.
"Jangan buat keputusan sekarang......awak balik bincang dengan semua keluarga....."jawab Doktor Pulli
"Doktor.....kalau kami tak mahu bedah mama kami.....berapa lama mama kami bertahan: Tanya adiku Jurimah tiba-tiba. Mukanya pucat dan sedih
"Bergantung bagaimana kamu jaga dia.....kalau jaga baik-baik boleh bertahan lama...tapi kalau tak jaga....mungkin selepas ini dia akan tak boleh jalani kehidupan biasa...dia akan lupa...akan tak boleh kawal kencing dan buang....dan perlukan bantuan.....kalau tak jaga mungkin ada jangkitan dan memang tak boleh bertahan lama. Tapi kalau awak jaga........mungkin lama...saya pun tak boleh bagi kata pasti....awak faham kan?" Doktor Pulli dengan sabar membantu kami cuba memahami keadaan mama.
"Ya Doktor.....kami faham......Thank you very much doctor........." kataku dan membawa adikku keluar.
Selepas itu kami berbincang adik beradik. Semua adik-adikku yang lain tak setuju kami bedah mama kami. Begitu juga bapa tiriku......Tetapi adikku yang dua orang....Juliah dan Junaidah akan akur apa juga keputusanku.
"Walaupun kakak anak sulung.....tapi kakak nda mahu buat keputusan sendiri....kakak akur apa juga keputusan majoriti" aku membuat kata putus
Akhirnya kami mengambil keputusan tak akan membawa mama kami untuk dibedah. Kami akan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
1 Mac 2018 (12.45 am) Bersambung.................
Blog Jamilah Talib
Sekadar bercerita tentang pengalaman, idea dan rasa hati...
Popular Posts
Wednesday, 28 February 2018
Monday, 5 December 2016
ELITE TASK FORCE PPD KENINGAU 2016/2017
Sunday, 12 July 2015
HATI SEORANG WANITA 2
Julai 1986, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiri Sains Malaysia Pulau Pinang. Pada masa itu aku merupakan guru sandaran di salah sebuah sekolah rendah di bandar Tawau. Bekerja hampir 6 bulan dengan gaji yang tidak seberapa. Dengan gaji itulah aku dapat menampung perbelanjaan adik-adikku dan sedikit keperluan keluarga. Masih ku ingat lagi gajiku yang pertama dapat ku guna sedikit untuk keperluan harian keluargaku menyambut hari raya. Walaupun tak meriah dan mewah tapi kami dapat juga berhari raya seperti jiran-jiran yang lain.
Hermmm.......itu berlaku hampir 30 tahun yang lalu. Masih ku ingat lagi bila sahaja aku mendapat tawaran belajar ke USM, aku sangat gembira. Tetapi iu tidak mengembirakan ibuku. Bukan kerana dia tidak mahu aku belajar tinggi-tinggi. Tetapi aku faham perasaannya dia tidak mampu membiayai persekolahku.
Terlalu besar dugaan Tuhan dalam hidupku. Sama ada aku mahu hidup sedikit senang dengan meneruskan makan gaji sebagai guru sandaran dengan gaji tidak seberapa atau melalui kehidupan yang perit dengan menerima tawaran belajar itu. Puas aku berfikir seorang kerana tiada sesiapa dalam hidupku yang boleh menjadi penasihat dalam hal ini. Bila kutanya ibuku dia mahu aku berhenti sekolah dan meneruskan kerja ku sebagai guru sandaran. Dia memerlukan aku untuk membantu meringankan beban keluarga.
Akhirnya, setelah puas berfikir baik dan buruknya, pro dan kontranya aku meletakkan jawatan sebagai guru sandaran dan menerima tawaran belajar ke USM. Dengan keputusan yang berani dan nekad begini aku bermakna sudah bersedia meletakkan hidup aku untuk beberapa tahun di hadapan dalam keadaan menderita. Kerana sesungguhnya aku sedikitpun tidak nampak sedikitpun peluang aku untuk mendapatkan pembiayaan dari mana-mana. Kursus yang aku ambil bukan kursus yang akan dibiayai oleh kerajaan negeriku. Juga kebetulan pada masa itu peluang mendapatkan pinjaman apa lagi biasiswa amat rumit dan ketat di tanah kelahiranku ini.
Namun dengan tekad yang setinggi gunug aku melangkahkan kakiku ke USM. Dengan berbekalkan wang yang tidak seberapa.....aku mendaftarkan diri sebagai siswa. Namun pada minggu pertama aku berada di sana aku hampir berputus asa apabila pihak pendaftar meminta aku melunaskan yuran pendaftaran dan yuran-yuran lain padahal aku tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Akhirnya setelah puas ke hulu..... ke hilir aku berjaya mendapatkan pinjaman Jangka Panjang USM. Itu pun setelah aku puas merayu ke sana ke sini untuk mendapatkan penjamin. Siapalah yang kenal pada ku di bumi asing ini.
Syukur Alhamdulillah, ada seorang abang yang berasal dari Tenom Sabah yang sudi menjadi penjaminku. Akhirnya aku berjaya mendapat pinjaman sejumlah RM 600.00 untuk membayar semua yuran-yuran ku.
Di sinilah bermula perjuanganku sebagai siswi yang di tanganku aku ada wang yang tidakpun sampai beberapa ratus. Sedangkan pada masa yang sama jalanku buntu dan aku semamangnya tidak mungkin akan dapat apa-apa bantuan atau pembiayaan untuk aku meneruskan perjuanganku..................
Di sinilah bermula perjuanganku sebagai siswi yang di tanganku aku ada wang yang tidakpun sampai beberapa ratus. Sedangkan pada masa yang sama jalanku buntu dan aku semamangnya tidak mungkin akan dapat apa-apa bantuan atau pembiayaan untuk aku meneruskan perjuanganku..................
Sunday, 12 April 2015
TUGAS-TUGASKU
KURSUS PROFESIONALISME PPD KENINGAU DI MELIAU BESIN TAWAU 2014
![]() |
| Di hadapan Masjid Meliau Besin......... masjid yang cantik dan mendamaikan hati..... |
![]() |
| Perasaan macam pelakon hindustan di balik pokok yang besar........ ini bukan pangkal pokok...... |
![]() |
| Bersama rakan sepejabat |
![]() |
| Bersama-sama rakan Staf PPD Keningau bersiap sedia untuk naik Sky Bridge |
![]() |
| Mesjid Meliau Besin....... |
![]() |
| Bersama-sama staf PPD Keningau untuk Sky Bridge....... pengalaman yang hebat dan tidak pernah dilalui |
![]() |
| Sky Bridge........melalui jambatan dari pokok ke pokok yang tinggi..... |
TUGAS-TUGAS KU SEBAGAI TIMBALAN PPD
KONVOKESYEN PUTERA SULUNG DI POLITEKNIK SULTAN IBRAHIM PASIR GUDANG JOHOR 30-31 MAC 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)


















