Popular Posts

Sunday, 12 April 2015

TUGAS-TUGASKU


Mempengerusikan Mesyuarat

 Merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Zon Pegalan

 Persembahan koir

 Guru-guru Zon Pegalan

 Menyampaikan Anugerah kepada guru



 Persembahan Tarian oleh murid

 Merasmikan Majlis Teknorama Peringkat Daerah Keningau

KURSUS PROFESIONALISME PPD KENINGAU DI MELIAU BESIN TAWAU 2014

 Di hadapan Masjid Meliau Besin.........
masjid yang cantik dan mendamaikan hati.....

 Perasaan macam pelakon hindustan di balik  pokok yang besar........
ini bukan pangkal pokok......

 Bersama rakan sepejabat

 Bersama-sama rakan Staf PPD Keningau bersiap sedia untuk naik Sky Bridge

Mesjid Meliau Besin.......



Bersama-sama staf PPD Keningau untuk Sky Bridge.......
pengalaman yang hebat dan tidak pernah dilalui

 Sky Bridge........melalui jambatan dari pokok ke pokok yang tinggi.....

TUGAS-TUGAS KU SEBAGAI TIMBALAN PPD

Menghadiri Mesyuarat di JPN Sabah
 Program Pembangunan Guru Baharu
mengiringi Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Tuan Raisin Saidin
Di Hotel Perkasa Keningau

 Semasa menghadiri Kursus PrOD, di One  Borneo Kota Kinabalu

 Menghadiri Mesyuarat bersama PPD Tuaran.  Orang Hebat JPN Sabah Pn. Tania.....

KONVOKESYEN PUTERA SULUNG DI POLITEKNIK SULTAN IBRAHIM PASIR GUDANG JOHOR 30-31 MAC 2014

Bersiap-siap untuk Majlis Konvokesyen

 Papa sempat bergambar

 Kejayaan abang kebanggaan keluarga.
 Semoga putera sulungku terus cemerlang dalam hidupnya

 Kebanggaan keluarga

 Mama doa anak mama terus cemerlang di dunia dan akhirat


Wednesday, 8 April 2015

KURSUS NPQEL

Bersiap sedia untuk menghadiri kuliah  8 April 2015
Gambar bersama pensyarah


Sahabat seperjuangan.  Semoga persahabatan berkekalan dan berjaya dunia akhirat

 Sahabat-sahabatku

Bersama Pengurus Bersama Pn. Kasmah Abdullah.  Sentaiasa setia bersama susah dan senang

 Sahabat-Sahabat seperjuangan

 Bakal serikandi pendidikan Sabah

 Kalau bukan kita siapa lagi!!!!!

 Mantap SB3 Keningau Ambilan 1/2015

 Semoga menjadi pemimpin bejiwa kental berbakti untuk anak bangsa demi negara yang tercinta.  Kalau bukan kita siapa lagi

Monday, 6 April 2015

IDHLAN DAN KILA 2015

                                                                                                                                                                                                            Ainul  Syakilah Mail da 8 tahun.
Bercita-cita ingin menjadi Vetariner
(Doktor Haiwan ) macam kakaknya


 Muhammad Idhlan Mail 11 Tahun.
Bercita-cita ingin menjadi Saintis.
Pendiam



CATATAN KENANGAN 1 SMKM 84/85

KELAS 6 ATAS JASMI SMK MANGGATAL 1984/85
Muka polos dan penuh harapan.  Mengejar seribu mimpi.
 Kini hanya tinggal kenangan yang tidak boleh kembali




                  Antara nikmat terbesar ialah apabila ALLAH rezekikan kepada kita sahabat yang sayang kepada kita kerana Allah.  Bila kita silap, dia nasihat, bila kita lemah, dia bagi semangat.  Dia bersama kita ketika taat.......dia gembira dengan kejayaan kita.  Hargailah nikmat ini.  Jaga ia.  Syukur......... Ustaz Syed Mohd. Norhisyam al-Idrus.


Aku setuju dengan pendapat Ustaz Syed Mohd. Norhisyam Al-Idrus mengenai sahabat.  Dalam hidupku, aku bersyukur sentiasa diberi nikmat itu oleh Allah SWT dengan kurniaanNya sahabat-sahabat yang sejati kepadaku.  Mengenang kembali detik-detik persahabatan kami yang bermula di sebuah sekolah ternama di ibu kota.  Pada masa itu ia dikenali sebagai SMK Manggatal.  Sekarang SMK Bandaraya, Kota Kinabalu.  Perubahan pada namanya, namun ia tak mengubah erti persahabatan kami.  

Banyak kenangan pahit dan manis yang ditempuh bersama.  Kenangan mengusik jiwa dan mendewasakan kami.  Dan ada peristiwa yang kesannya hingga sekarang.  Pada masa itu aku merupakan Ketua Pengawas Asrama Puteri.  Seluruh masa dalam  hidupku aku curahkan untuk menjaga adik-adik junior sehingga aku tidak menyertai kebanyakan aktiviti luar persatuan yang aku join. ..........kalaulah boleh dikembalikan semula masa itu....... sudah tentu........apa yang berlaku tidak berlaku.......Tapi aku tidak pernah lupa Allah meletakkan sesuatu itu indah pada tempat dan ketikanya.  Oleh itu aku redha dengan ketentuanNya.

Walau 30 tahun terpisah, setelah diberi anugerah oleh Yang Maha Kuasa bertemu semula, ku rasakan satu nikmat dan rahmat maha besar dari Maha Kuasa.  Rasa persahabatan itu tak berkurang walau sedikitpun.  Malah selepas pertemuan ini, harga persahabatan itu lebih tinggi nilainya.  Tanpa mengira pangkat dan kedudukan kami bertemu, bercanda dan berkongsi pengalaman yang selama ini mendewasakan kami.  Syukur Alhamdulillah sahabat-sahabatku menjadi orang yang berjaya dan hebat.  Aku bangga dengan pencapaian kalian.

Sememangnya ada kasih yang terputus, ada kasih yang tak sampai, dan ada kasih yang terpendam.  Namun perasaan kasih dan sayang itu akan dipahat dan diukir menjadi kasih sahabat sejati sampai bila-bila. Itulah janji kami.  Semoga di hujung usia ini, persahabatan yang terputus selama 30 tahun akan terus bersambung dengan ikatan silarurahim yang berkekalan.  Saling sokong menyokong dan memberikan harapan serta mendoakan agar kejayaan, kebahagian dan ketenagan  akan terus menjadi milik kita bersama. 
Doaku sentiasa bersamamu sahabat walau jarak memisahkan kita.






Selagi ada hayat dikandung badan persahabatan ini akan diteruskan.
 Semoga persahabatan kita berkekalan dan mendapat perlindungan dari Yang Kuasa