Popular Posts

Monday, 31 December 2012

ULANG TAHUN KE 21 PUTERA SULUNGKU

30 Disember 2012 - Genap 21 tahun usianya.  Bermakna 21 tahun jugalah dia putera ku menjadi permata hatiku dan suami.  Walau beribu batu jauhnya dia berada...namun tarikh ini tidak akan dilupakan , kerana pada tarikh ini 21 tahun yang lalu di Hospital  Tenom dia kulahirkan dan menjadikan aku ibu yang paling bahagia di muka bumi ini.  Anakku.....Mama, Papa, dan adik-adikmu mengucapkan selamat Ulang Tahun yang ke 21....semoga panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh dunia dan akhirat....Amin

Sunday, 30 December 2012

1 IMPIAN 1 AGENDA

PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) membuktikan bahawa kerajaan kita bersungguh-sungguh hendak meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara lain di rantau ini.  Sebagai warga pendidikan PPPM ibarat kompas untuk kita meneruskan perjuangan menegakkan martabat bangsa dan negara.

Banyak tanda tanya yang mungkin wujud, namun yakin dan percayalah gagal atau berjayanya PPPM adalah terletak di tangan kita selaku warga pendidik.  Apa yang penting niat kita ingin melihat negara yang kita cinta dipimpin oleh anak-anak yang lengkap pakejnya pada 20-25 tahun akan datang (pada ketika PPPM melahirkan putera sulungnya pada 1 Januari 2026 dan setelah melanjutkan pelajaran ke IPT - lebih kurang 4 tahun dan masuk dalam pasaran pekerjaan....beberapa tahun lepas bekerja).  Insaalah jika semua kita memainkan peranan masing-masing.....semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.  Oleh itu wahai warga pendidik sekelian marilah kita berganding bahu bersama-sama menjayakan PPPM.  Gunalah apa-apa bantal masa tidur tapi kita kena mempunyai mimpi yang sama iaitu mimpi melihat anak bangsa kita terangkat martabat, minda dan maruah dirinya.....
Bersama-sama Dr Hayati dari PMO KPM, Pn Nor Azlina KPM, Pn Nurul PPD Tenom semasa perjumpaan 1 Impian 1 Agenda Kementerian Pelajaran Malaysia di Promenade Kota Kinabalu Sabah.

Tuesday, 2 October 2012

KONVENSYEN PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 24 hingga 27 September 2012 - Menghadiri Konvensyen  Pemantapan Profesionalsme PPD Peringkat Kebangsaan di Hotel Permai Terangganu.  Peserta terdiri daripada semua PPD dan Timbalan PPD seluruh Malaysia.  Program Dibawah kelolaan BPG KPM telah menurunkan orang-orang kuat di PMO KPM.  Pengisian berkisar pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025).

PPD perlu memainkan peranan proaktif dan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan lapisan yang paling hampir dengan sekolah untuk merealisasikan matlamat PPPM.  Terdapat 6 Aspirasi murid, 5  Aspirasi Sistem, 9 Bidang dan 11 Anjakan yang dilaksanakan dalam 3 gelombang.  Inssallah anak bangsa kita akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama dengan negara lain.

Sunday, 26 August 2012

Raya dan ....yang memenatkan

Tahun ni paling sadis, sebiji kuih pun tak sempat buat. Ambil cuti mula Rabu tapi sibuk urus rumah yang tak siap-siap. Cadangan balik raya di Tawau Jumaat tak jadi sebab gril tingkap dan pintu belum siap, jumaat baru selesai pasang. Sabtu baru bertolak jam 6 pagi ikut jalan Tambunan Ranau...Nasib baik mungkin orang dah semua balik, jadi jalan lenggang. Jam 4 kami dah sampai rumah di Balung...

Esoknya jam 4.40 pagi kami bergegas ke Felda Umas...sempat juga solat subuh di rumah dan dapatlah bertakbir...dengan TV he he

Inilah gambar kami beraya...




Monday, 23 July 2012

Tugas...tugas...tugas


Selepas memulakan tugas dengan menghadiri kursus 2 hari di PPD Tenom, saya dihantar berkursus sebagai Jurulatih i-Think di Hotel Kinabalu Oriental,rupanya kursus ini dibuat oleh Konsultant UK dan kami ni jadi JU kebangsaan...



Bersama penceramah i-Think dari UK dan rakan peserta
Kemudian bermulalah acara saya sebagai Timbalan PPD. Memantau sekolah-sekolah di bawah program SPEED iaitu pemantauan bersepadu, merasmikan program sebagai wakil PPD, membentang program dan mempengerusikan mesyuarat jika PPD tiada.

Menyampaikan sijil kepada peserta program professionalisme Zon Pegalan di Taman Banjaran Croocker

Sunday, 8 July 2012

Ulang Tahun

Anak-anak saya secara rahsia kumpul duit nak sambut ulang tahun saya...dapatlah juga beli kek dengan bantuan makciknya.

Kemudian saya dapat lagi kek yang besar...











Inilah kek hasil usaha anak-anak


Ini pulak kek dari suami






Hari Guru dan Perpisahan



Jamuan Hari Guru Peringkat Negeri di Sabah Hotel Sandakan
 


 Hari Guru Negeri Sabah di dewan Sri Libaran Sandakan

Jamuan Hari Guru SM St Anthony dan Majlis Perpisahan Saya


 Ucapanlah ni

Dapat cenderamata dari pengetua En. Chong