Popular Posts
Monday, 31 December 2012
ULANG TAHUN KE 21 PUTERA SULUNGKU
30 Disember 2012 - Genap 21 tahun usianya. Bermakna 21 tahun jugalah dia putera ku menjadi permata hatiku dan suami. Walau beribu batu jauhnya dia berada...namun tarikh ini tidak akan dilupakan , kerana pada tarikh ini 21 tahun yang lalu di Hospital Tenom dia kulahirkan dan menjadikan aku ibu yang paling bahagia di muka bumi ini. Anakku.....Mama, Papa, dan adik-adikmu mengucapkan selamat Ulang Tahun yang ke 21....semoga panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh dunia dan akhirat....Amin
Sunday, 30 December 2012
1 IMPIAN 1 AGENDA
PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) membuktikan bahawa kerajaan kita bersungguh-sungguh hendak meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Sebagai warga pendidikan PPPM ibarat kompas untuk kita meneruskan perjuangan menegakkan martabat bangsa dan negara.
Banyak tanda tanya yang mungkin wujud, namun yakin dan percayalah gagal atau berjayanya PPPM adalah terletak di tangan kita selaku warga pendidik. Apa yang penting niat kita ingin melihat negara yang kita cinta dipimpin oleh anak-anak yang lengkap pakejnya pada 20-25 tahun akan datang (pada ketika PPPM melahirkan putera sulungnya pada 1 Januari 2026 dan setelah melanjutkan pelajaran ke IPT - lebih kurang 4 tahun dan masuk dalam pasaran pekerjaan....beberapa tahun lepas bekerja). Insaalah jika semua kita memainkan peranan masing-masing.....semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Oleh itu wahai warga pendidik sekelian marilah kita berganding bahu bersama-sama menjayakan PPPM. Gunalah apa-apa bantal masa tidur tapi kita kena mempunyai mimpi yang sama iaitu mimpi melihat anak bangsa kita terangkat martabat, minda dan maruah dirinya.....

Subscribe to:
Posts (Atom)