Popular Posts

Sunday, 12 July 2015

HATI SEORANG WANITA 2

Julai 1986, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiri Sains Malaysia Pulau Pinang.  Pada masa itu aku merupakan guru sandaran di salah sebuah sekolah rendah di bandar Tawau.  Bekerja hampir  6 bulan dengan gaji yang tidak seberapa.  Dengan gaji itulah aku dapat menampung perbelanjaan adik-adikku dan sedikit keperluan keluarga.  Masih ku ingat lagi gajiku yang pertama dapat ku guna sedikit untuk keperluan harian keluargaku menyambut hari raya.  Walaupun tak meriah dan mewah tapi kami dapat juga berhari raya seperti jiran-jiran yang lain.

Hermmm.......itu berlaku hampir 30 tahun yang lalu.  Masih ku ingat lagi bila sahaja aku mendapat tawaran belajar ke USM, aku sangat gembira.  Tetapi iu tidak mengembirakan ibuku.  Bukan kerana dia tidak mahu aku belajar tinggi-tinggi.  Tetapi aku faham perasaannya dia tidak mampu membiayai persekolahku.  

Terlalu besar dugaan Tuhan dalam hidupku.  Sama ada aku mahu hidup sedikit senang dengan meneruskan makan gaji sebagai guru sandaran dengan gaji tidak seberapa atau melalui kehidupan yang perit dengan menerima tawaran belajar itu.  Puas aku berfikir seorang kerana tiada sesiapa dalam hidupku yang boleh menjadi penasihat dalam hal ini.  Bila kutanya ibuku dia mahu aku berhenti sekolah dan meneruskan kerja ku sebagai guru sandaran.  Dia memerlukan aku untuk membantu meringankan beban keluarga.

Akhirnya, setelah puas berfikir baik dan buruknya, pro dan kontranya aku meletakkan jawatan sebagai guru sandaran dan menerima tawaran belajar ke USM.  Dengan keputusan yang berani dan nekad begini aku bermakna sudah bersedia meletakkan hidup aku untuk beberapa tahun di hadapan dalam keadaan menderita.  Kerana sesungguhnya aku sedikitpun tidak nampak sedikitpun peluang aku untuk mendapatkan pembiayaan dari mana-mana.  Kursus yang aku ambil bukan kursus yang akan dibiayai oleh kerajaan negeriku.  Juga kebetulan pada masa itu peluang mendapatkan pinjaman apa lagi biasiswa amat rumit dan ketat di tanah kelahiranku ini.

Namun dengan tekad yang setinggi gunug aku melangkahkan kakiku ke USM.  Dengan berbekalkan wang yang tidak seberapa.....aku mendaftarkan diri sebagai siswa.  Namun pada minggu pertama aku berada di sana aku hampir berputus asa apabila pihak pendaftar meminta aku melunaskan yuran pendaftaran dan yuran-yuran lain padahal aku tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Akhirnya setelah puas ke hulu..... ke hilir aku berjaya mendapatkan pinjaman Jangka Panjang USM.  Itu pun setelah aku puas merayu ke sana ke sini untuk mendapatkan penjamin.  Siapalah yang kenal pada ku di bumi asing ini.  

Syukur Alhamdulillah, ada seorang abang yang berasal dari Tenom Sabah yang sudi menjadi penjaminku.   Akhirnya aku berjaya mendapat pinjaman sejumlah RM 600.00 untuk membayar semua yuran-yuran ku.

Di sinilah bermula perjuanganku sebagai siswi yang di tanganku aku ada wang yang tidakpun sampai beberapa ratus.  Sedangkan pada masa yang sama jalanku buntu dan aku semamangnya tidak mungkin akan dapat apa-apa bantuan atau pembiayaan untuk aku meneruskan perjuanganku..................