Pada 24 hingga 27 September 2012 - Menghadiri Konvensyen Pemantapan Profesionalsme PPD Peringkat Kebangsaan di Hotel Permai Terangganu. Peserta terdiri daripada semua PPD dan Timbalan PPD seluruh Malaysia. Program Dibawah kelolaan BPG KPM telah menurunkan orang-orang kuat di PMO KPM. Pengisian berkisar pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025).
PPD perlu memainkan peranan proaktif dan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan lapisan yang paling hampir dengan sekolah untuk merealisasikan matlamat PPPM. Terdapat 6 Aspirasi murid, 5 Aspirasi Sistem, 9 Bidang dan 11 Anjakan yang dilaksanakan dalam 3 gelombang. Inssallah anak bangsa kita akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama dengan negara lain.
No comments:
Post a Comment