Popular Posts

Saturday, 8 November 2014

HATI WANITA 1 (CATATAN KENANGAN)

Wanita merupakan makhluk Tuhan yang paling unik.  Walau fizikalnya kelihatan lemah lembut tetapi hatinya boleh jadi sekeras karang dilautan.  Betullah pepatah ada mengatakan 'Tangan yang menghayun buayan akan mampu menggoncangkan dunia....'.  Jika terjadilah sesuatu  yang diluar jangkaan......biasnya wanita akan melakukan sesuatu diluar dugaan......entah dari mana datangnya tenaga dan kekuatan itu...hanya wanita yang mengetahui....

Jika  difikir dan ditinjau-tinjau kebenaran cerita ini memang ada benarnya.....Ia berlaku pada kehidupanku...Aku sendiri melakukan dan melaluinya.....

Sejak aku mengenal dunia.....Mungkin umurku sekitar 4 tahun....aku da disedarkan bahawa aku memang tidak ada ayah  seperti sepupu-sepupuku dalam rumah ku.  Pada masa itu tahun 1970-an.....Aku,  2 orang adik perempuanku yang berumur 3 tahun dan 1 tahun tinggal menumpang di rumah nenek dan datuk sebelah ibuku....Ada bersama kami makcikku yang bongsu adik makku, pakcikku yang masih bersekolah menangah dan pakcikku yang sulung bersama 3 anak dan isterinya.  Rumah kami yang dibina secara berkongsi antara adik beradik emakku tanpa bilik dan agak besar.  Walau hidup sederhana tapi kami gembira......Termasuklah aku yang telah kehilangan bapa.....

Masihku ingat lagi kali terakhir aku melihat wajah ayah pada satu pagi yang dingin....aku berdiri ditepi pintu dan dia memakai kasut ditangga.  Ibuku entah ke mana.  seingat aku sejak ayah ku sampai kelmarin muka ibuku pun aku tak nampak. Tetapi aku yang tidak mengerti apa apa tidak menyangka bukan-bukan.... lepas mengikat tali kasutnya ayahku menggosok-gosok kepalaku dan melambaikan tangannya kepada ku...aku hanya melihatnya menuju ke jalan hinggalah sosok badannya hilang dari pandangan ku.....lepas itu aku tidak pernah lagi melihat wajahnya hinggalah sekarang ketika umurku 46 tahun.

Bila aku fikir-fikir semula peristiwa itu, baru aku perasan bahawa kehadiran ayahku yang sekejap itu rupanya adalah yang terakhir.....selepas itu memang dia tidak pernah muncul-muncul...dan apa yang aku dengar ibu 

Kenangan waktu kanak-kanak
 menguatkan semangat ku
 dan ayah ku bercerai....
rupanya baru aku perasan...ibu ku tidak berada di rumah ketika ayahku datang pada hari itu kerana ibuku sudah patah hati....berkerat rotan dan mengambil keputusan untuk berpisah dengan ayahku....Puncanya aku tidak pernah tahu hingga sekarang. Sejak itu aku dan adik-adik ku hidup tanpa ayah.....Ibu lah ayah dan ibuku.  Dia yang bertungkus lumus membesarkan ku dan memberikan pendidikan kepada ku dan adik.   Dia bekerja mencuci kain di rumah orang....kadang-kadang aku ada juga ikut dia mencuci kain......

No comments:

Post a Comment